SIMPULAN BAHASA
Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya, terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat dan nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahas berlainan daripada perkataan yang digunakan.
Contoh :
1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna.
(b) Sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.
(b) Anak saudara.
2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama.
Bentuk atau Ciri Simpulan Bahasa
1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am.
Contoh:
Anak buah; Buah tangan; Lipas kudung.
Kata Nama Am: anak, buah dan lipas
2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja.
Contoh:
Ajak-ajak ayam; Buat bodoh; Pasang telinga.
Kata Kerja: ajak, buat dan pasang
3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjekif.
Contoh:
Besar kepala; Bodoh sepat; Kecil hati.
Kata Adjektif: besar, bodoh dan kecil
4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas.
Contoh:
Abu Jahal; Mat Jenin; Pak Kaduk.
Kata Nama Khas: semua di atas
5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan.
Contoh:
Air pinang; Batu buyung; Makan bulan.
Nilai kepercayaan: semua di atas berkaitan dengan kepercayaan orang Melayu.
Contoh Simpulan Bahasa dan Maksudnya.
SIMPULAN BAHASA MAKSUD
Ada angin Berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
Ada bakat Mempunyai tokoh atau perwatakan
Air muka Rupa atau wajah seseorang
Bahasa pasar Bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
Banyak mulut Orang yang banyak cakap
Batu api Orang yang suka menghasut
Cahaya mata Anak
Cakar ayam Tulisan yang buruk
Campur tangan Turut serta atau mencampuri urusan orang lain
Dalam tangan Sudah pasti akan diperolehi
Darah daging Anak kandung
Durian runtuh Keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
Gaji buta Mendapat gaji tanpaperlu bersusah payah
Harga diri Maruah atau kehormatan seseorang
Hati batu Degil atau keras hati
Hidung tinggi Sombong atau tinggi diri
Ikat perut Menahan lapar kerana berjimat
Iri hati Cemburu atau menyimpan perasaan dengki
Langkah kanan Bernasib baik
Lidah cabang Kata-kata yang tidak dapat dipercayai

- Ada angin :
(b) Sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.
- Anak buah :
(b) Anak saudara.
2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama.
- Muka talam; Muka tebal; Muka tembok
- Tua keladi; Tua kutuk; Tua lengkuas